Selasa, 28 Juni 2016

Hari Raya Iedulfitri 1437 H

Libur Nasional

Idul Fitri 2016/1437H

Hari raya Idul Fitri atau biasa disebut lebaran di Indonesia adalah hari raya umat Islam yang jatuh pada tanggal 1 Syawal penanggalan Hijriyah. Kalau dihitung berdasarkan kalender masehi, tanggal 1 Syawal ini selalu jatuh pada tanggal yang berbeda setiap tahunnya. Bahkan pada tahun 2000 lalu, umat Islam merayakan Idul Fitri sebanyak dua kali: di bulan Januari dan Desember. Hal ini akan terjadi lagi di sekitar tahun 2035 dan 2036. Untuk tahun ini, Idul Fitri jatuh pada hari Rabu tanggal 6 Juli 2016 dalam kalender Masehi dan tanggal 1 Syawal 1437 dalam kalender Hijriyah. 

Idul Fitri atau lebaran adalah acara penting bagi umat Islam di Indonesia untuk saling berkumpul dan bersilahturahmi bersama sanak saudara dan keluarga. Di Indonesia, ada banyak tradisi lokal yang kini menjadi bagian acara lebaran yang tidak dijumpai dalam acara Idul Fitri di Timur Tengah atau negara-negara lainnya. Salah satunya adalah halal bihalal atau saling memaafkan di saat lebaran yang bermula sejak dakwah Wali Songo di abad ke 15. Acara sunkem terhadap orang tua juga merupakan tradisi lokal yang menjadi bagian dari acara lebaran di Indonesia. Tak lupa adalah ketupat yang dipercaya berasal dari bahasa Jawa kupat atau ngaku lepat (mengakui kesalahan). Anyaman daun kelapa pembungkus ketupat melambangkan keasalahan dan dosa yang dilakukan manusia, sedangkan ketupat putih di dalamnya melambangkan kebersihan hati setelah memohon maaf dari segala kesalahan.

Menyambut Malam Lailatul Qodar

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

 LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar :

– Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik- baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada  beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu “

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari  terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan  menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. “

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah  s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. “

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27  Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa  malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam  27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu  tidak lagi berusaha mencarinya.”

Jom Aktifkan MyKad Smart ShopperAnda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

Daripada Riwayat Mu’awiyah:

Maksudnya:

” Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. “

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30  perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya  kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:

” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih.

Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya :Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu.

Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa.

Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya :Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa –

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit –

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragamkhurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah”(Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullahsolallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullahshallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

Selasa, 14 Juni 2016

Usaha Membuahkan Keberhasilan

Usaha Membuahkan Keberhasilan Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1

Di sekolah Lisa ada lomba basket antar kelas. Tapi 1 kelas dibagi dua, laki-laki dan perempuan. Lomba itu wajib diikuti.

Di kelas, Lisa dan teman-teman berbincang-bincang. “Gimana nih, kita kan gak jago basket!” Kata Lola. “Apalagi aku sama Marsha, pendek!” Kata Lisa. “Yah! Kita lawan kelas 5C lagi!” Kata Yuka. “Hah? 5C? Mereka kan jago…” Kata Marsha mengeluh.

Mereka sudah pasrah. Mereka yakin, mereka tidak akan menang. Mereka tak mau berusaha.

Hari di mana lomba itu mulai. Dan yang benar saja, 5A kalah, dan sebaliknya, 5C menang. Skornya 8-0.

“Tuh kan, kalah!” Seru Lola. “Iya nih…” Kata Marsha. “Makanya kita tuh harus berusaha!” Kata Lisa. “Iya, Lisa benar!” Kata Yuka. “Gak ada gunanya, Lis!” Seru Lola. “Kalau ada gunanya gimana?” Kata Marsha. Lola terdiam. “Iya, bisa aja kita bekerja keras lalu menang!” Kata Mimi. Yang lain menganggukan kepalanya.

Usai sekolah, Lisa sendirian di lapangan sambil bermain basket. Berkali kali dia tidak berhasil. “Hey, ngapain kau
... baca selengkapnya di Usaha Membuahkan Keberhasilan Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor Satu

Selasa, 07 Juni 2016

Puasa di Bulan Ramadhan

Saum
Saum atau puasa dalam islam (Arabصوم) secara bahasa artinya menahan atau mencegah. Menurut syariat agama Islam artinya menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang bisa membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari, dengan syarat tertentu, untuk meningkatkan ketakwaan seorang muslim. Perintah puasa difirmankan oleh Allah pada Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 183.
Berpuasa merupakan salah satu dari limaRukun Islam. Terdapat puasa wajib dan puasa sunnah, namun tata caranya tetap sama.
Perintah dalam Al Quran
Perintah berpuasa dari Allah terdapat dalamAl-Quran di surat Al-Baqarah ayat 183.
َيَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas umat-umat sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Hikmah Puasa
Ibadah shaum Ramadhan yang diwajibkan Allah kepada setiap mu’min adalah ibadah yang ditujukan untuk menghamba kepada Allah seperti yang tertera dalam QS. Al- Baqarah/2: 183. Hikmah dari ibadah shaum itu sendiri adalah melatih manusia untuk sabar dalam menjalani hidup. Maksud dari sabar yang tertera dalam al-Quran adalah ‘gigih dan ulet’ seperti yang dimaksud dalam QS. Ali ‘Imran/3: 146. Di antara hikmah dan faedah puasa selain untuk menjadi orang yang bertakwa adalah sebagai berikut;
1.             Untuk pendidikan/latihan rohani
a.              Mendidik jiwa agar dapat menguasai diri
b.             Mendidik nafsu agar tidak senantiasa dimanjakan dan dituruti
c.              Mendidik jiwa untuk dapat memegang amanat dengan sebik-baiknya
d.             Mendidik kesabaran dan ketabahan
2.             Untuk perbaikan pergaulan
Orang yang berpuasa akan merasakan segala kesusahan fakir miskin yang banyak menderita kelaparan dan kekurangan. Dengan demikian akan timbul rasa suka menolong kepada orang-orang yang menderita.
3.             Untuk kesehatan
4.             Sebagai rasa syukur atas segala nikmat Allah
Jenis-jenis Puasa
1.             Puasa yang hukumnya wajib
a.              Puasa Ramadan
b.             Puasa karena nazar
c.              Puasa kifarat atau denda
2.             Puasa yang hukumnya sunah
a.              Puasa 6 hari di bulan Syawalselain hari raya Idul Fitri.
b.             Puasa Arafah pada tanggal 9 Dzulhijah bagi orang-orang yang tidak menunaikan ibadah haji.
c.              Puasa Tarwiyah pada tanggal 8 Dzulhijah bagi orang-orang yang tidak menunaikan ibadah haji.
d.             Puasa Senin dan Kamis
e.              Puasa Daud (sehari puasa, sehari tidak), bertujuan untuk meneladani puasanya Nabi Daud As.
f.               Puasa 'Asyura (pada bulan muharram), dilakukan pada tanggal 10
g.              Puasa 3 hari pada pertengahan bulan (menurut kalender islam)(Yaumul Bidh), tanggal 13, 14, dan 15
h.              Puasa Sya'ban (Nisfu Sya'ban) pada awal pertengahan bulan Sya'ban.
i.                Puasa bulan Haram (Asyhurul Hurum) yaitu bulan Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab.
Syarat-syarat Puasa
1.            Syarat wajib puasa
a.              Beragama Islam
b.             Berakal sehat
c.              Baligh (sudah cukup umur)
d.            Mampu melaksanakannya
2.            Syarat sah puasa
a.              Islam (tidak murtad)
b.             Mummayiz (dapat membedakan yang baik dan yang buruk)
c.              Suci dari haid dan nifas (khusus bagi wanita)
d.             Mengetahui waktu diterimanya puasa

Rukun puasa
Niat
Meninggalkan segala hal yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Waktu haram puasa
Umat Islam diharamkan berpuasa pada waktu-waktu berikut ini:
Hari Raya Idul Fitri (1 Syawal)
Hari Raya Idul Adha (10Zulhijjah)
Hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13Zulhijjah)
Hari Syak (30 Syaban)
Puasa Selamanya

Hal-hal yang membatalkan puasa
Puasa akan batal jika;
Masuknya benda (seperti nasi, air, asap rokok dan sebagainya) ke dalam rongga badan dengan disengaja.
Muntah dengan disengaja.
Bersetubuh.
Keluar mani (Istimna' ) dengan disengaja.
Haid (datang bulan) dan Nifas (melahirkan anak)
Hilang akal (gila atau pingsan).
Murtad (keluar dari agama Islam).
Orang yang boleh tidak berpuasa
Berikut ini adalah orang yang boleh untuk meninggalkan puasa wajib (puasa Ramadhan)
Yang wajib qadha' saja
Orang-orang yang tersebut di bawah ini, boleh tidak berpuasa, tetapi wajib qadha', artinya wajib mengganti puasanya di hari lain, sebanyak hari yang ditinggalkan. Yaitu sebagai berikut :
Orang yang sakit, yang ada harapan untuk sembuh.
Orang yang bepergian jauh (musafir) sedikitnya 81 km.
Orang yang hamil, yang khawatir akan keadaannya atau bayi yang dikandungnya.
Orang yang sedang menyusui anak, yang khawatir akan keadaannya atau anaknya.
Orang yang sedang haid (datang bulan), melahirkan anak dan nifas.
Orang yang batal puasanya dengan suatu hal yang membatalkannya selain bersetubuh.

Yang tidak wajib qadha', tetapi wajib fidyah
Orang-orang di bawah ini tidak wajib qadha' (menggantikan puasa di hari lain), tetapi wajib membayar fidyah, yaitu memberi makan orang miskin setiap hari yang ia tidak berpuasa, berupa bahan makanan pokok sebanyak 1 mud (576 gram).
Orang yang sakit yang tidak ada harapan akan sembuhnya.
Orang tua yang sangat lemah dan tidak kuat lagi berpuasa.

Yang wajib qadha' dan Kifarat
Orang yang membatalkan puasa wajibnya dengan bersetubuh, wajib melakukan kifarat dan qadha'. Kifarat ialah Memerdekakan hamba sahaya yang mukmin. Jika tidak ada hamba sahaya yang mukmin maka wajib berpuasa dua bulan berturut-turut (selain qadha' menggantikan hari yang ditinggalkan), jika tidak bisa, wajib memberi makan 60 orang miskin, masing-masing sebanyak 1 mud (576 kg) berupa bahan makanan pokok.


Yang lebih utama saat dalam perjalanan
Tetap berpuasa jika mampu
Berbuka puasa jika tidak mampu
Memilih antara tetap berpuasa atau berbuka puasa

Tingkatan Puasa
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membagi puasa ke dalam 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): Selain menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa juga turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum khusus al-khusus): Selain menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dan juga berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa juga turut berpuasa 'hati nurani', yaitu tidak memikirkan soal keduniaan
Pembagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berpikir dan menelaah di tingkat manakah mereka berada.

Minggu, 05 Juni 2016

Informasi Taman Di Sorga

Informasi Tamasya Taman-Taman Surga Weekend di Seluruh Nusantara untuk Hari Ahad 28 Sya'ban 1437 H / 5 Juni 2016 M

《 JABODETABEK 》

Hadirilah Kajian 20 Hari Pertama Ramadhan...
Hari/ Tanggal: Setiap hari, 1-20 Ramadhan 1437
Waktu: Ba'da Subuh s.d. 06:30 WIB
Pemateri: Ustadz Abu Yahya Badrusalam, Lc.
Tema: Kitab Al-Intishar - Syaikh Muhammad Musa Alu Nashr
Tempat: Masjid Al-Barkah, Kp. Tengah, Cileungsi, Bogor
***
Tempat : Ruko Little China, Blok JD No. 19-20 Legenda Wisata Cibubur
Pemateri : Ustadz Firanda Andirja Abidin, MA
Tema : Melawan Riya & Ujub
Waktu : Ba'da Shubuh - Selesai
***
Tempat : Masjid Mu'adz bin Jabal, Jl. Pojong Iping ,RT 03 RW 01, Kavling BULOG Blok B No.10, Bojongkulur, Gunung Putri-Bogor
● Sesi 1
Pemateri : Ustadz DR. Erwandi Tarmidzi, MA
Tema : Fiqh Muamalah Kontemporer
Waktu : Ba'da Shubuh - Selesai
● Sesi 2
Pemateri : Ustadz Abu Yahya Badru Salam, Lc
Tema : Syarah Kitab Al Jami' Ash Shaghir
Waktu : Ba'da Maghrib - Selesai
Informasi : 081293892335 (I) / 081311148158 (A)
***
Tempat : Masjid Nuur'Alaa Nuur (MASNAN), Jl. Buwek Jaya No. 2B, Sumber Jaya, Tambun Selatan - Bekasi
Pemateri : Ustadz DR. Bahri Qasim, MA
Tema : Shaum Ala Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam
Waktu : Ba'da Shubuh - Selesai
Informasi : 08881852160
***
Tempat : Masjid Miftahul Huda, (Perum Kota Serang Baru Blok E, Kec Serang Baru) Bekasi
Pemateri : Ustadz Zainudin Khuzairi
Tema : Meet & Greet Ramadhan
Waktu : 08.00 - Selesai
Informasi : 087875962637
***
Tempat : Masjid Jami' Mekar Indah Perumahan Cikarang Baru
Pemateri : Ustadz DR. Erwandi Tarmidzi, MA
Tema : Langkah Awal Menuju Tata Kelola Muamalat Yang Syari
Waktu : 08.30 - Selesai
Informasi : 0811142243 / 08121374053
***
Tempat : Masjid Syaikh Hamad Al-Hamad / Imam Asy-Syafi'i, Depok. Jl. Raden Saleh-Studio Alam TVRI (Gg. Persahabatan No. 69), Sukmajaya Depok
Pemateri : Ustadz Muhammad Aswandi, Lc
Tema : Belajar Tajwid
Waktu : 08.30 - Selesai
Informasi : 085776422964 (I) / 081285624037 (A)
***
Tempat : Masjid Riyadhus Shalihin, Perum Mutiara Insani (Belakang Kelurahan Padurenan) Mustika Jaya, Kota Bekasi
Pemateri : Ustadz Abdul Hakim Bin Amir Abdat
Tema : Syarah Aqidah Salaf
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0852 1683 5338 (I) / 0852 1683 5359 (A)
***
Tempat : Masjid Azzahrah , Jl.Gudang Peluru E/135, Tebet Jakarta Selatan
Pemateri : Ustadz Firanda Andirja Abidin, MA
Tema : Adab dan Ilmu
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0811926565
***
Tempat : Masjid Al-Barkah Kp. Tengah Cileungsi Bogor
Pemateri : Ustadz Abu Yahya Badru Salam, Lc
Tema : Tarhib Ramadhan
Waktu : 09.00 - Dzuhur
Informasi : 081383245382
***
Tempat : Masjid Raya At Tauhid, Kota Deltamas, Cikarang Pusat
Pemateri : Ustadz Musyaffa Ad Dariny, MA
Tema : Mendulang Hikmah dari Ibadah Puasa
Waktu : 09.00 - Dhuhur
Informasi :  081386405815
***
Tempat : Masjid Al Muhajirin, Perumahan Bekasi Jaya Indah Kp. Cerewet, Duren Jaya Bekasi Timur
Pemateri : Ustadz Syahrul Fatwa, Lc
Tema : Ramadhan Datang Saatnya Gemar Sedekah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0877 7924 0694 / 0857 8036 7003
***
Tempat : Masjid Baiturrahman, (Dep. Perdagangan) Jl. Niaga No.10 Karang Timur, Cileduk-Tangerang
Pemateri : Ustadz Azhar Khalid bin Seff, MA
Tema : Loe Bangkrut!!
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 08118093093 (I) / 081317889282 (A)
***
Tempat : Masjid Nurul Islam, Jl. Mawar Merah Raya No.1 Perumnas Klender Malaka Jaya Jakarta Timur (Patokannya RS Islam Pondok Kopi)
Pemateri : Ustadz Ammi Nur Baits
Tema : Menyambut Ramadhan Dengan Ilmu & Kiat Agar Ramadhan Menjadi Indah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0821 1138 3333 / 0812 5056 6605
***
Tempat : Masjid Nurul Ikhlas, Jl.Tanah Merdeka Kampung Rambutan Ciracas (Samping Gardenia Residence) Jakarta Timur
Pemateri : Ustadz Fuad Mubarak, Lc
Tema : Kitab Masaa'il Jaahiyyah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0857 7984 7486
***
Tempat : Masjid Al Ikhlas Grand Cibubur Al Ikhlas Grand Cibubur Perum. Grand Cibubur, Jl. Alternatif Cibubur km. 04, Gg. Masjid, Jatisampurna, Bekasi
Pemateri : Ustadz Abu Hanif, MA
Tema : Syarah Riyadhus Shalihin
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0813 2572 1568 (I) / 0858 8210 7464 (A)
***
Tempat : MT Asy-syakirin Jl KH Hasyim Ashari Perumahan Alam indah blok i22 Cipondoh Kota Tangerang
Pemateri : Ustadz Riyadh Bin Badr Bajrey, Lc
Tema : Kitab Syarah Aqidah Wasitiyyah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 081310473443 (I) / 089687924506 (A)
***
Tempat : Masjid Al-Aqsha, Prima Lingkar Asri, Jl. Caman Raya, Jati bening - Bekasi
Pemateri : Ustadzah Ummu Ihsan Choiriyah Al Maidany, M. Psi
Tema : Surat Terbuka Untuk Istri (Gratis Buku Sesuai Tema)
Waktu : 09.00 - Selesai (Kajian Muslimah)
Informasi : 08129109594
***
Tempat : Masjid Cikal Harapan Komplek Sekolah Cikal Harapan Kencanaloka Sektor XII BSD Tangerang Selatan
Pemateri : Ustadz Abu Ihsan Al-Maidani, MA
Tema : Kesalahan-Kesalahan Lisan Dalam Bab Aqidah
Waktu : 09.30 - Selesai
Informasi : 0818 846 464
***
Tempat : Masjid Ash Shohabah Jl. Boulevard Raya Perum Bumi Yapemas Indah Desa Jejalen Jaya -Tambun Utara
Pemateri : Ustadz Dr. Firdaus Sanusi MA
Tema : Kiat-Kiat Sukses di Bulan Romadhon
Waktu : 09.30 - Selesai
Informasi : 0813 1554 1650 / 0858 8088 0044
***
Tempat : Masjid Nurul Iman, Jl. Raya Pos Pengumben No.21 Srengseng, Kembangan, Kota Jakarta Barat
Pemateri : Ustadz Subhan Bawazier
Tema : Penyakit Hati & Obatnya
Waktu : 09.30 - Selesai
Informasi : 087888399473
***
Tempat : Masjid Al Ikhlas Komplek PAM Aetra Jl. Jatinegara Kaum, Pulogadung, Jakarta Timur
Pemateri : Ustadz Jafar Salih
Tema : Sabar Diatas Ketaatan
Waktu : 10.00 - Selesai
Informasi : 085311587620
***
Tempat : Masjid As Sunnah Bintaro Sektor 3A, Belakang Bintaro Plaza
Pemateri : Ustadz Aep Saepullah Ibnu Ahmad, Lc
Tema : Iman & Istiqamah
Waktu : 10.00 - Selesai
Informasi : 087808068279 / 087871139106
***
Tempat : Masjid Al Huda, Perumahan Serpong Garden, Kec. Cisauk, Kab. Tangerang
Pemateri : Ustadz Abu Ihsan Al Maidany, MA
Tema : Membentengi Akidah, Akhlak & Keluarga di Masa Fitnah
Waktu : Ba'da Dzuhur - Selesai
Informasi : 081392623310 / 082213751333
***
Tempat : Masjid Al-Ikhlas Jl. Mutiara, Komplek Permata, (Masuk dari Jembatan Gantung) Daan Mogot, Cengkareng, Jakarta Barat
Pemateri : Ustadz Sofyan Chalid Ruray
Tema : Hak-hak Pemerintah dan Rakyat Menurut Syari'at
Waktu : Ba'da Dzuhur - Selesai
Informasi : 0815 1147 8250 (I) / 0823 2086 6608 (A)
***
Tempat : Mushola Al-Mubarokah Gramapuri Persada Blok F
Cikarang
Pemateri : Ustadz Abu Salman Al Kwasayni
Tema : Ramadhanku Berkwalitas
Waktu : Ba'da Ashar  - Selesai
Informasi : 081384298376
***
Tempat : Masjid Syifa Budi Lippo Cikarang (Sebelah Timur Pasar Sentral Lippo Cikarang)
Pemateri : Ustadz Musyaffa Ad Dariny, MA
Tema : Agar Mendapatkan Doanya Malaikat
Waktu : Ba'da Ashar - Selesai
Informasi : 08176049242
****
Tempat: Masjid Al-Barkah, Kp. Tengah, Cileungsi, Bogor
Tema: Tarhib Ramadhan
Pemateri: Ustadz Abu Yahya Badru Salam, Lc.
Waktu: 09.00 WIB s.d. Dzuhur
Informasi: 0813-8324-5382
***

《 CIREBON 》

Tempat : Masjid Assunnah 1, Ponpes Assunnah Jl. Kalitanjung 52B, Karyamula, Kesambi - Kota Cirebon
Pemateri : Ustadz Abu Islama Imanuddin, MA
Special Guest : Bapak DR. H. Patrialis Akbar, SH. MH
Tema : Kiat-Kiat Mengisi Bulan Ramadhan
Waktu : 08.00 - 12.00 WIB
Informasi : 087729999923

《 JAMBI 》

Tempat : Masjid Ubay bin Ka'ab Jl. Golf II No. 49 - Kel. Pematang Sulur - Kec. Telanaipura - Kota Jambi
Pemateri : Syeikh Dr. Malik Husain Hasan Sya’ban
Tema : Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 0852 8027 6615

《 KARAWANG 》

Tempat : Masjid Al Istiqomah, Perum Puri Kosambi - Karawang
Pemateri : Ustadz Ammi Nur Baits
Tema : Membangun Perkenomian Islam
Waktu : Ba'da Shubuh - Selesai
Informasi : 087788946909

《 MEDAN 》

Tempat : Masjid Baiturrahman Kampus Unimed, Jl. Willem Iskandar
Pemateri : Ustadz Ali Nur, Lc
Tema : Bekal Sukses Ramadhan
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 085373735194

《 PALEMBANG 》

Tempat : Masjid Bakti, Jl Suka Bakti, SeberanG Graha SUMEKS, KM. 6
Pemateri : Ustadz Nasiruddin Irfan, Lc
Tema : Hukum-Hukum Seputar Puasa
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 085745557199

《 LAMPUNG 》

Tempat : Ponpes Al-Hidayah Pamenang, Pagelaran, Kab. Pringsewu, Lampung
Pemateri : Ustadz Abu Qatadah
Tema : Menangkal Gerakan Radikalisme dan Terorisme
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 081379799725 / 085279253753

《 BANDUNG 》

Tempat : Masjid Al Irsyad Jln Parahyangan Km 2.7, Kota Baru, Bandung, Jawa Barat
Pemateri : Ustadz Lanlan Tuhfatul Lanfas, Lc
Tema : Fiqh Puasa Ramadhan
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 081224605589
***
Tempat : Masjid Al Ukhuwah, Jalan Wastukancana no. 27, Sumur Bandung
Pemateri : Ustadz Abu Haidar As-Sundawy, Lc
Tema : Pernak Pernik Pesona Ramadhan
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 022 8686 2637 / 0811 227 1476

《 CIANJUR 》

Tempat : Masjid Al-Bayan Pasir Hapa (50meter dari terminal Pasir Hayam) Cianjur
Pemateri : Ustadz Dr. Ade Hermansyah, MA
Tema : Tafsir Alqruan Surat Al Humazah
Waktu : 10.00 - 11.45 WIB
Informasi : 08569595833

《 GARUT 》

Tempat : Masjid Ash-Shalihin (LEC Garut) Jl.Guntur Sari No.981, Kec. Tarogong Kidul (Depan Terminal Guntur Garut)
Pemateri : Ustadz Abu Aisyah Iwan Darmawan
Tema : Mengetuk Pintu Ar-Royyan
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 08990549633

《 CILEGON 》

Tempat : Masjid Imam An-Nawawi (Komplek Pendidikan Imam An-Nawawi, Jl Perumnas Blok F, Perum Bumi Cibeber Kencana, Cibeber, Cilegon Banten
Pemateri : Ustadz Abu Isa
Tema : Kitab Aqidah al-Washitiyah
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 081311497942

《 YOGYAKARTA 》

Tempat : Masjid Pogung Dalangan
Pemateri : Syaikh Shalih bin Sulaiman Ar Rajhiy
Tema : Seseorang Yang Hatinya Selalu Terpaut Dengan Masjid
Waktu : Ba'da Shubuh - Selesai
***
Tempat : Masjid Al-Hasanah , Terban (Utara Mirota Kampus UGM), Jogjakarta
Pemateri : Ustadz Zaid Susanto, Lc
Tema : Jihad Akbar
Waktu : Ba'da Maghrib - Selesai

《 SEMARANG 》

Tempat : Masjid Al-Barokah Di Jalan Tegalsari Raya No 41 (Depan Alfa Mart) Semarang - Jawa Tengah
Pemateri : Ustadz Abdul Mu'thi Al Maedani
● Sesi 1
Tema : Meniru Akhlak Nabi
Waktu : 09.00 - Selesai
● Sesi 2
Tema : Selamat Datang Ramadhan
Waktu : 16.30 - Selesai
Informasi : 081325888015

《 SIDOARJO 》

Tempat : Masjid Sari Bumi, Jl. Raya Lingkar Timur km. 6, Bluru Kidul, Sidoarjo
Pemateri : Ustadz Ahmad Sabiq, Lc
Tema : Kabut itu Semakin Gelap
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 085749016617

《 KUDUS 》

Tempat : Komplek Pondok Riyadhul Qur'an, Masjid Menara Iman, Jl. Kudus-Bae Km. 5 (belakang PDAM Bae), Masuk Lewat Perum Pepabri Ds. Bae, Kec Bae, Kudus
Pemateri : Ustadz Abu Izzi Masmu'in
Tema : Perbaikan Hati
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 085225227717 / 089628222285

《 JEMBER 》

Tempat : Masjid Ar-Rahmah STDI Imam Asy-Syafi'i
Pemateri : Ustadz Bisri Tujang, Lc, M.Hum
Tema : Fathu Mekkah hingga Wafatnya Sang Rasulullah Mulia
Waktu : 06.30 - Selesai

《 GORONTALO 》

Tempat : Masjid Darussalam kel. Molosifat W, Kec. Kota Barat
Pemateri : Ustadz Mahmud Bakari, Lc & Ustadz Aan Chandra Thalib, Lc
Tema : Ramadhan Surgamu atau Nerakamu?
Waktu : 09.00 - Selesai (WITA)

《 BANJARMASIN 》

Tempat : Majelis Ta'lim Ar Rahmat Showroom Suzuki Rahmat Banjarmasin, Jalan A. Yani km 6 (Depan TVRI Banjarmasin)
Pemateri : Ustadz Ahmad Zainuddin, Lc
Tema : Puasanya Orang Awam
Waktu : 07.30 - Selesai (WITA)

《 BALI 》

Tempat : Masjid Nurul Huda, Bandara Ngurah Rai
Pemateri : Ustadz Ainurrofiq, Lc
Tema : Kitab Tauhid Al-qaulul Mufid 'ala Kitabit Tauhid
Waktu :  Ba'da Shubuh - Selesai
Informasi : 081805366647
***
Tempat : Pondok Asy Syifa, Jl. Puputan III No. 46 Renon
Pemateri : Ustadz Ainurrofiq, Lc
Tema : Kitab Al Mukhtasor Al Hatsits Fiy Bayan Manhajissalaf
Waktu : 10.00 - 12.00 (WITA)
Informasi : 081805366647

《 SOLO 》

Tempat : Masjid Al-Karim, Jl.Ahmad Yani No.346.Timur SPBU Pabelan
Pemateri : Ustadz Amir As-Soronji,Lc.M.Pd
Tema : Bekal-Bekal Berharga Dalam Menyambut Bulan Ramadhan
Waktu : 09.00 - Selesai
Informasi : 085728652440

《 KENDARI 》

Tempat : Masjid Al-Muqorrobun, Jl. Saranani, Mandonga, Kendari
Pemateri : Ustadz Abdullah Taslim MA
Tema : Menyambut Tamu Istimewa Bulan Ramadhan
Waktu : 10.00 - Selesai (WITA)
Informasi : 081935604288



Kamis, 02 Juni 2016

Jangan Percayai Informasi!

Jangan Percayai Informasi! Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1
Alkisah, ada sebuah perlombaan di sebuah desa. Lomba khas 17 Agustusan itu salah satunya adalah panjat pinang. Tapi, ada yang istimewa sore itu. Pinangnya kali ini diolesi cairan yang sangat sangat licin, yang katanya, tak mungkin dipanjat. Karena itu, hadiah yang diberikan terhitung besar. Uang jutaan! Sang panitia berani memberikan hadiah sebesar itu karena merasa yakin tak ada yang bisa memanjat pinang tersebut.
Sampai sore, memang tak ada satu pun peserta yang berhasil. Berbagai cara ditempuh, seperti mengoleskan pasir ke tubuh, hingga mengoleskan lem superkuat untuk merekatkan diri pada pinang. Setelah hampir tak ada yang berhasil, serombongan orang datang untuk mencoba. Karena sejak pagi tak ada yang berhasil, maka orang-orang pun menyoraki rombongan tadi. “Hoiii… percuma kalian mencoba. Pasti gagal, pinangnya licin sekali…!”
Tapi, rombongan tersebut tetap bergeming. Mereka pun mulai mencoba dan mencoba lagi, pantang menyerah. Semakin dicoba, semakin lama mereka disoraki. “Sudaah…menyerah saja… percumaaa….” Tapi, mereka terus mencoba. Satu sama lain saling bahu membahu mengangkat rekannya. Begitu jatuh, mereka coba lagi. Dan… akhirnya, menjelang Magrib, yakni batas waktu panjat pinang yang diberikan panitia, salah satu dari mereka berhasil! Uang jutaan pun berhasil mereka dapatkan.
Maka, beramai-ramai mereka dielukan warga. Hingga, kemudian ada yang menanyakan resepnya, baga
... baca selengkapnya di Jangan Percayai Informasi! Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor Satu